Terima Kasih kerana sudi berkunjung dan singgah ke blog ini. Anda semua adalah yang terbaik kerana sudi menjadi 'follower'. Mari bersama amalkan kecekapan penggunaan elektrik walau di mana saja kita berada

UNTUK PERTANYAAN


Sila hubungi :-

http://www.tnb.com.my/contact-us.html
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
 
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
http://www.sarawakenergy.com.my/index.php/contact-us
Sarawak Energy Berhad (SEB)
perhatian : saya telah paut dan kredit kan gambar printscreen di atas  ini dari laman web rasmi  milik TNB,SESB dan SEB. Harap maklum.Terima Kasih :)

KESIMPULAN

                   
 

 Akhir kata,tidak dapat di nafikan lagi bahawa elektrik memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian.


arus kemodenan tidak memungkinkan kita hidup tanpa kemudahan elektik di sekeliling kita samada di rumah,sekolah mahupun pejabat.


kecekapan penggunaan adalah terpulang dari diri sendiri sebenarnya.perlu azam yang kuat untuk mendisiplinkan diri kita dalam penggunaan elektrik dan peralatan elektrik serta elektronik sehari-hari.


Selain dapat menjimatkan elektrik, kita juga sebenarnya menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar melalui pengurangan penggunaan bahan bakar untuk menjanakan bekalan elektrik.
 
 semua keputusan ada di tangan kita samada ingin menggunakan elektrik secara berhemah ataupun ikut kehendak hati sendiri.
 
ikut rasa binasa,ikut hati mati 

PERTIMBANGKAN HAL INI

 


semasa menggunakan elektrik ada perkara yang perlu juga kita pertimbangkan sebagai pengguna yang bijak dalam menjimatkan tenaga elektrik.

antaranya ialah:-



a.cara pemasangan

1. cara pemasangan yang di perakui dan mengikut piawaian agensi yang bertanggungjawab.contohnya SIRIM atau SURUHASNJAYA TENAGA. kepakaranb mereka dapat membantu mengelakkan bahaya lintar pintas.

2. pihak yang bertugas menyelenggara haruslah mempunyai lesen yang sah bagi memudahkan urusan membuat tuntutan akibat musibah atau kecelakaan akibat kecuaian pihak terbabit.

3. Lakukan cara pemasangan berpusat kerana ianya berfungsi mengawal serta mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan.




b. kecekapan penggunaan yang berhemah

1. padamkan suis jika barang elektrik tidak di gunakan.

2. biarkan udara masuk dalam rumah / pejabat / sekolah untuk menyejukkan ruang.

3. sering memeriksa kadar penggunaan tenaga.




c. gunakan sumber elektrik alternatif

1. penggunaan tenaga solar yang juyga di kenali sebagai photovoltanic dan lebih mesra alam.

 

AMALKAN CARA INI

 ada beberapa cara boleh di guna pakai bagi menjimatkan penggunan elektrik sekaligus mengurangkan bil bulanan kita.antarnya ialah:-

 

Cahaya
  • gantikan mentol kepada jenis mentol yang jimat tenaga, yang ada tag “jimat tenaga“. Ada yang lebih murah dari harga mentol biasa.namun pastika ianya mendapat kelulusan pihak berwajib.
  • sentiasa menggunakan cahaya semulajadi terutama pada waktu siang.
  • apabila memasang lampu di bahagian dapur, pastikan ia menuju ke arah subjek seperti meja makan.
  • elak penggunaan cahaya ambien.

                                
Penyaman udara
  •  apabila hidupkan pendingin hawa, pastikan tidak terdedah kepada pancaran matahari.
  •  pilih penyaman udara berkapasiti 1 hp.
  • sentiasa selenggara sekurang-kurangnya 6 bulan sekali agar sentiasa efisien dan lancar.
  • kurangkan kekerapan membuka pintu peti ais kerana 30% akan keluar setiap kali pintunya di buka.

                 
Mesin basuh
  •  tetapkan beban basuhan harian kepada 3 muatan penuh setiap minggu ( hanya basuh 3 kali seminggu).
  • pastikan menggunakan air yang tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.
  • jika keadaan meaksa untuk kerap membasuh amat di sarankan menggunakan mesin basuh muatan hadapan.

                  
Peti sejuk
  • pastikan suhu dalaman peti sejuk berada pada paras -18 Celcius berbanding -21 Celcius
  • beli peti sejuk yang mempunyai saiz dan kapasiti yang sesuai dengan isi rumah anda.
  • elak meletakkan makanan panas dalam peti sejuk.

                
Televisyen
  • sentiasa padamkan suis kuasa di tv dan di soket utama untuk penjimatan tenaga yang optimum.
 
 
komputer

  • cuba elakkan penggunaan scren saver pada skrin komputer dan sentiasa tutup suis monitor jika tidak di gunakan.
 
seterika
  • amalkan tabiat menggosok pakaian dalam jumlah yang banyak untuk mengelakkan kekarapan penggunaanya.

MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK

  • Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat. tutup suis lampu dan alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat pencetak yang tidak di gunakan. Penggunaan mod standby akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%.
  •  Mengurangkan penggunaan aplikasi spin-dry mesin basuh dan menggantungkan pakaian di bawah matahari.
  • Bersenam di taman rekreasi berdekatan daripada menggunakan treadmill.
  •  Menggunakan lampu jimat elektrik.
  •  Shut down komputer semasa waktu rehat dan sebelum balik daripada pejabat.
 

SEBAB PENAMBAHAN BIL ELEKTRIK

 

 bil elektrik akan bertambah mengikut perubahan masa kerana penggunaan yang meningkat.peningkatan adalah disebabkan oleh:-
  1. penambahan barangan elektrik yang baru.
  2. tempoh penggunaan bertambah.
  3. penggantian barang elektrik berkuasa kecil kepada yang berkuasa besar.
  4. peralatan elektrik yang kurang cekap. contoh: peti sejuk yang menagalami kerosakan pada pelekat pintunya menyebabkan operasi peti sejuk lebih lama dan membazir elektrik.

FORMULA PENGIRAAN

Formula menentukan pengiraan penggunaan elektrik di rumah.

1. kira jumlah penggunaan dalam kwj
    kuasa (unit watt) x bilangan jam penggunaan (unit jam) bahagi 1000
    kwj - unit pengukuran penggunaan elektrik
    k - 1000w = 1kw
    watt - watt (unit pengkuran kuasa)
    j- bilangan jam

2. kira kos tenaga
    kos tenaga - tenaga (unit kwj) x kadar tarif elektrik (unit RM/kwj)

BIL ELKTRIK BULANAN

 
penggunaan elektrik di dalam sesebuah rumah bergantung pada saiz keluarga,gaya hidup,bilangan serta umur peralatan elektrik.kita boleh membuat anggaran kos elektrik bagi setiap peralatan yang di gunakan dengan 3 elemen berikut:
  • kuasa dan kecekapan perlatan (boleh di ketahui melalui plat logam atau tertulis pada peralatan)
  • tempoh pengunaan sesuatu barangan elektrik
  • kadar tarif per kwj bagi bekalan elektrik

MENGAPA PERLU CEKAP?


Banyak faedah jika kita cekap menggunakan tenaga elektrik.antaranya:-
  • mengurangkan penggunaan bahan api dan fosil (gas dan arang batu) yang semakin berisiko semakin susut, kos semakin tinggi dan  menghasilkan gas merbahaya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
  • memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
  • mengrangkan perbelanjaan sisi rumah.

KECEKAPAN PENGGUNAAN ELEKTRIK

 
 
bermaksud menggunakan tenaga elektrik secara berhemah untuk menyiapkan tugas samada di rumah atau di mana² sahaja. ianya dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik.elektrik harus di manfaat kan dengan sebaiknya daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan tenaga elektrik lebih banyak dari sepatutnya.dengan penggunaan yang cekap kita dapat menjimatkan wang sekaligus memelihara alam sekitar.

PENGGUNA ELEKTRIK

         Contoh pengguna elektrik adalah :

 
a) kilang

b)rumah

c)sekolah

Contoh beberapa pengguna elektrik yang kerap digunakan.

KEGUNAAN ELEKTRIK

Tenaga elektrik digunakan di dalam alat-alat elektrik.Alat-alat elektrik ini dapat menukarkan tenaga elektrik
Kepada tenaga lain seperti tenaga cahaya, haba, kinetik dan bunyi.



A. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan haba
Pekakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas yang diperbuat dari aloi nikel dan kromium. Contoh : periuk nasi.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSXvzTqf7tm_YXJY26W1Nac3yw9UwP3re2Ht2Tf_72DG-AAKEbD

B. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik
Alat-alat elektrik yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin,mesin basuh mesin gerudi dan lain-lain. peralatan ini  berasaskan motor elektrik. 


 https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRwsaI3xYrmotnQ8DbUkvAi9xtg2i0wNyOENyM3TJHJOI3Zh_CI6Q
 C. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan Cahaya
Lampu ialah alat elektrik yang dapat menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. Lampu pijar menggunakan filamen manakala lampu pendarflour menggunakan gasargon dan merkuri untuk menghasilkan tenaga cahaya.
                                                     http://2.bp.blogspot.com/-qCiflwFoe9k/T0R0yDKHNMI/AAAAAAAABuQ/Wn4IAXu1pzs/s320/lampu_hemat_energi.jpg 

D. Kegunaan Elektrik untuk menghasilkan Bunyi
Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi.Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga
Elektrik kepada tenaga bunyi adalah seperti televisyen,telefon, pembesar suara dan radio.

                                                 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuFii8KIwJDPXa698daH_daoi7NqPIGR3g_HsAk7RqaP7dl5P4dysuIfsS97cGm_7nho9CLmrL51aP1QOyJGX5sQ4DLx5-CO9a31VmnOpBEtLEMJO85tRosz6QoeE1AiFrxD5CxDmoj_Y/s1600/LCD+TV.jpg

SUMBER ELEKTRIK

                                                                    

Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.Antaranya ialah kemagnetan,tindakan kimia dan cahaya.

Kemagnetan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar.

Contoh sumber elektrik seperti :

a) dinamo
b)turbin
c)sel kering
d)sel basah

a.TINDAKAN MAGNET
Dinamo
Dinamo terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu magnet kekal,
Teras besi, dan gegelung wayar. Gegelung wayar diperbuat daripada
 lilitan kuprum. Dinamo dikendalikan atas perinsip aruhan magnet.

Turbin
Turbin adalah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar
oleh aliran air, stim atau angin. Ia disambungkan kepada gandar yang
disambungkan kepada penjana yang akan berputar dan menghasilkan
kuasa elektrik.


b.TINDAKAN KIMIA
Sel Kering
Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt.
Karbon yang berada di tengah-tengah bertindak sebagai punca positif.
Campuran ammonium klorida dan mangan bertindak sebagai elektrolit
Dan bekas zink bertindak sebagai punca negatif.
Ia tidak boleh dicas semula.

Sel Basah
Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia
dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri
daripada plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum
sebagai elektrod nagetif dan asid sulfurik cari sebagai elektrolitnya.


c.TINDAKAN CAHAYA
Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat
Ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima
pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar
pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk
kamera.

PERALATAN ELEKTRIK

                                                                          

  Antara-antara barang elektrik ialah seperti yang berikut  :



 A) Televisyen

  

B) Peti Sejuk



C) Komputer


D) Mesin Basuh



E) Kipas





DEFINISI ELEKTRIK


              Apakah itu ''elektrik''? Elektrik ialah pengaliran elektron di antara dua titik,apabila terdapat perbezaan tekanan di antara dua titik itu.

      Semua jirim terdiri daripada beribu-ribu atom.Apakah itu atom ? Mari lah tengok kamus -.- Di pusat atom terletak nukleas.Di keliling nukleas ada kumin dinamakan elektron. Elektron ini berlegar mengelilingi mengelilingi nukleas seperti bumi mengelilingi matahari.

    Elektron yang diluar sekali di dalam sesuatu atom mudah dipindahkan.Jika sesuatu atom hilang satu  elektron ,iaitu cas negatif,atom tidak akan berkeadaan neutral lagi.Atom ini dikatakan bercas positif,
kerana atom itu telah mempunyai lebih satu cas positif.

TERIMA KASIH

                 

Terima kasih di ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pembuatan blog khas untuk 
Pertandingan Blog Kepenggunaan 2014 Kategori A sekolah Menengah anjuran FOMCA.

Entri ini terhasil hasil rujukan daripada:-

1. Carian google
2.  Wikipedia
3. Blog Persendirian
4. Surat khabar
5. Rencana televisyen
6. Website berkaitan
7. Tunjuk ajar keluarga dan guru-guru


Juga semua gambar yang di gunakan  di ambil daripada

~  carian google  ~
~ website pihak berkaitan ~
~ Blog persendirian ~

PEMILIK BLOG


NAMA PENUH : Maizatul Iqma binti Martoniswanto
UMUR : 13 tahun (2014)
JANTINA : Perempuan
SEKOLAH : Sekolah Menengah Bandar Kota Tinggi,Johor
EMEL : iza2001_mai@yahoo.com / myzatuliqma@gmail.com