Terima Kasih kerana sudi berkunjung dan singgah ke blog ini. Anda semua adalah yang terbaik kerana sudi menjadi 'follower'. Mari bersama amalkan kecekapan penggunaan elektrik walau di mana saja kita berada

DEFINISI ELEKTRIK


              Apakah itu ''elektrik''? Elektrik ialah pengaliran elektron di antara dua titik,apabila terdapat perbezaan tekanan di antara dua titik itu.

      Semua jirim terdiri daripada beribu-ribu atom.Apakah itu atom ? Mari lah tengok kamus -.- Di pusat atom terletak nukleas.Di keliling nukleas ada kumin dinamakan elektron. Elektron ini berlegar mengelilingi mengelilingi nukleas seperti bumi mengelilingi matahari.

    Elektron yang diluar sekali di dalam sesuatu atom mudah dipindahkan.Jika sesuatu atom hilang satu  elektron ,iaitu cas negatif,atom tidak akan berkeadaan neutral lagi.Atom ini dikatakan bercas positif,
kerana atom itu telah mempunyai lebih satu cas positif.

Tiada ulasan: