Terima Kasih kerana sudi berkunjung dan singgah ke blog ini. Anda semua adalah yang terbaik kerana sudi menjadi 'follower'. Mari bersama amalkan kecekapan penggunaan elektrik walau di mana saja kita berada

SUMBER ELEKTRIK

                                                                    

Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.Antaranya ialah kemagnetan,tindakan kimia dan cahaya.

Kemagnetan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar.

Contoh sumber elektrik seperti :

a) dinamo
b)turbin
c)sel kering
d)sel basah

a.TINDAKAN MAGNET
Dinamo
Dinamo terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu magnet kekal,
Teras besi, dan gegelung wayar. Gegelung wayar diperbuat daripada
 lilitan kuprum. Dinamo dikendalikan atas perinsip aruhan magnet.

Turbin
Turbin adalah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar
oleh aliran air, stim atau angin. Ia disambungkan kepada gandar yang
disambungkan kepada penjana yang akan berputar dan menghasilkan
kuasa elektrik.


b.TINDAKAN KIMIA
Sel Kering
Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt.
Karbon yang berada di tengah-tengah bertindak sebagai punca positif.
Campuran ammonium klorida dan mangan bertindak sebagai elektrolit
Dan bekas zink bertindak sebagai punca negatif.
Ia tidak boleh dicas semula.

Sel Basah
Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia
dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri
daripada plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum
sebagai elektrod nagetif dan asid sulfurik cari sebagai elektrolitnya.


c.TINDAKAN CAHAYA
Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat
Ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima
pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar
pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk
kamera.

Tiada ulasan: