Terima Kasih kerana sudi berkunjung dan singgah ke blog ini. Anda semua adalah yang terbaik kerana sudi menjadi 'follower'. Mari bersama amalkan kecekapan penggunaan elektrik walau di mana saja kita berada

KEGUNAAN ELEKTRIK

Tenaga elektrik digunakan di dalam alat-alat elektrik.Alat-alat elektrik ini dapat menukarkan tenaga elektrik
Kepada tenaga lain seperti tenaga cahaya, haba, kinetik dan bunyi.



A. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan haba
Pekakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas yang diperbuat dari aloi nikel dan kromium. Contoh : periuk nasi.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSXvzTqf7tm_YXJY26W1Nac3yw9UwP3re2Ht2Tf_72DG-AAKEbD

B. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik
Alat-alat elektrik yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin,mesin basuh mesin gerudi dan lain-lain. peralatan ini  berasaskan motor elektrik. 


 https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRwsaI3xYrmotnQ8DbUkvAi9xtg2i0wNyOENyM3TJHJOI3Zh_CI6Q
 C. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan Cahaya
Lampu ialah alat elektrik yang dapat menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. Lampu pijar menggunakan filamen manakala lampu pendarflour menggunakan gasargon dan merkuri untuk menghasilkan tenaga cahaya.
                                                     http://2.bp.blogspot.com/-qCiflwFoe9k/T0R0yDKHNMI/AAAAAAAABuQ/Wn4IAXu1pzs/s320/lampu_hemat_energi.jpg 

D. Kegunaan Elektrik untuk menghasilkan Bunyi
Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi.Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga
Elektrik kepada tenaga bunyi adalah seperti televisyen,telefon, pembesar suara dan radio.

                                                 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuFii8KIwJDPXa698daH_daoi7NqPIGR3g_HsAk7RqaP7dl5P4dysuIfsS97cGm_7nho9CLmrL51aP1QOyJGX5sQ4DLx5-CO9a31VmnOpBEtLEMJO85tRosz6QoeE1AiFrxD5CxDmoj_Y/s1600/LCD+TV.jpg

Tiada ulasan: