Terima Kasih kerana sudi berkunjung dan singgah ke blog ini. Anda semua adalah yang terbaik kerana sudi menjadi 'follower'. Mari bersama amalkan kecekapan penggunaan elektrik walau di mana saja kita berada

AMALKAN CARA INI

 ada beberapa cara boleh di guna pakai bagi menjimatkan penggunan elektrik sekaligus mengurangkan bil bulanan kita.antarnya ialah:-

 

Cahaya
  • gantikan mentol kepada jenis mentol yang jimat tenaga, yang ada tag “jimat tenaga“. Ada yang lebih murah dari harga mentol biasa.namun pastika ianya mendapat kelulusan pihak berwajib.
  • sentiasa menggunakan cahaya semulajadi terutama pada waktu siang.
  • apabila memasang lampu di bahagian dapur, pastikan ia menuju ke arah subjek seperti meja makan.
  • elak penggunaan cahaya ambien.

                                
Penyaman udara
  •  apabila hidupkan pendingin hawa, pastikan tidak terdedah kepada pancaran matahari.
  •  pilih penyaman udara berkapasiti 1 hp.
  • sentiasa selenggara sekurang-kurangnya 6 bulan sekali agar sentiasa efisien dan lancar.
  • kurangkan kekerapan membuka pintu peti ais kerana 30% akan keluar setiap kali pintunya di buka.

                 
Mesin basuh
  •  tetapkan beban basuhan harian kepada 3 muatan penuh setiap minggu ( hanya basuh 3 kali seminggu).
  • pastikan menggunakan air yang tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.
  • jika keadaan meaksa untuk kerap membasuh amat di sarankan menggunakan mesin basuh muatan hadapan.

                  
Peti sejuk
  • pastikan suhu dalaman peti sejuk berada pada paras -18 Celcius berbanding -21 Celcius
  • beli peti sejuk yang mempunyai saiz dan kapasiti yang sesuai dengan isi rumah anda.
  • elak meletakkan makanan panas dalam peti sejuk.

                
Televisyen
  • sentiasa padamkan suis kuasa di tv dan di soket utama untuk penjimatan tenaga yang optimum.
 
 
komputer

  • cuba elakkan penggunaan scren saver pada skrin komputer dan sentiasa tutup suis monitor jika tidak di gunakan.
 
seterika
  • amalkan tabiat menggosok pakaian dalam jumlah yang banyak untuk mengelakkan kekarapan penggunaanya.

Tiada ulasan: